Anwar sampaikan ucaptama Forum Nikkei, adakan pertemuan dua hala dengan PM Jepun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / RTM

TOKYO, 10 Jun– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-31 bertajuk Navigating Strategic Uncertainty, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peranan Malaysia mengemudi lanskap geopolitik kompleks dan menangani cabaran ketidaktentuan global untuk menjamin kemakmuran Asia bersama.
  • Forum Nikkei menghimpunkan pemimpin serantau untuk membincang peluang strategik dan cabaran bersama.
  • Pertemuan dua hala Malaysia dan Jepun serta kenyataan bersama dijangka merintis kerjasama baharu dalam pelbagai sektor.

Ucaptama itu menekankan peranan Malaysia dalam mengemudi lanskap geopolitik yang kompleks.

Ini termasuk dalam menangani cabaran yang timbul akibat ketidaktentuan global serta meneroka peluang-peluang strategik yang berpotensi untuk dimanfaatkan, ke arah menjamin kemakmuran rantau Asia demi kepentingan dan manfaat bersama.

Menurut laman web rasmi, forum selama dua hari itu menghimpunkan pemimpin-pemimpin tertinggi dan tokoh-tokoh berpengaruh negara di peringkat serantau.

Selain Datuk Seri Anwar, turut dijadual menyampaikan ucaptama, Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Sihasak Phuangketkeow serta Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Le Tien Chau.

Datuk Seri Anwar kemudiannya akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Jepun, Sanae Takaichi, sekali gus memberi peluang kepada Putrajaya-Tokyo untuk merintis kerjasama baharu dalam pelbagai sektor.

Menerusi lawatan rasmi ini, Malaysia-Jepun dijangka akan memuktamadkan satu kenyataan bersama bagi tujuan menterjemahkan komitmen kepimpinan kedua-dua negara dalam usaha melonjakkan kerjasama dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.