
JOHOR BAHRU, 7 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.
- Taklimat tentang pencapaian ekonomi dan pembangunan negeri serta usaha tingkatkan kesejahteraan rakyat.
- Sesi mengadap sebahagian rutin pertemuan berkala antara Seri Paduka Baginda dan kepimpinan negeri untuk maklumat pentadbiran dan pembangunan.
- Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Seri Paduka Baginda.
- Yayasan Sultan Ibrahim, Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah terus gerakkan inisiatif kebajikan membantu golongan memerlukan.
Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat berhubung laporan pencapaian ekonomi, pembangunan dan kemajuan negeri Johor termasuk usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Sesi mengadap ini adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala antara Seri Paduka Baginda dengan kepimpinan negeri bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai hal ehwal pentadbiran serta laporan pembangunan negeri,” menurut Sultan Baginda.
Menurut hantaran di laman Facebook hari ini, kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Seri Paduka Baginda.
Sejajar dengan hasrat itu, pelbagai inisiatif kebajikan akan terus digerakkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah.
Yayasan berkenaan memainkan peranan penting dalam membantu golongan memerlukan serta meringankan beban rakyat di seluruh negeri.