
KANGAR, 7 Jun – Seramai 800 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai ‘Nakawan Rainforest Run 2nd Edition’ yang bermula dan berakhir di Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Perlis pada Sabtu.
- Program dilaksanakan sempena Nakawan Rainforest Festival 2026 dan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri, dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
- Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda berkenan menyempurnakan pelepasan bagi kategori larian 6 kilometer.
- Program bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat, menggalakkan rekreasi berasaskan alam serta memperkenalkan khazanah hutan dan ekopelancongan.
- Penganjuran memperkukuh peranan Perlis sebagai destinasi ekopelancongan unik dan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan hutan.
Program bersempena Nakawan Rainforest Festival 2026 yang berlangsung mulai 1 hingga 7 Jun 2026, sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis dianjurkan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan pelepasan bagi kategori larian sejauh 6 kilometer program tersebut.
Program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat, menggalakkan aktiviti rekreasi berasaskan alam semula jadi serta memperkenalkan khazanah hutan dan eko pelancongan negeri Perlis kepada masyarakat.
Penganjuran Nakawan Rainforest Festival 2026 dilihat berjaya memperkukuhkan peranan Perlis sebagai destinasi ekopelancongan yang unik dan berpotensi tinggi, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan hutan sebagai warisan alam yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.