Perdana Menteri adakan lawatan kerja ke AIMST University

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

BEDONG, 7 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke AIMST University di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketibaan disambut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Canselor serta Pengerusi AIMST University Tan Sri Dr SA Vigneswaran.
  • Lawatan sebagai pengiktirafan peranan institusi pendidikan tinggi dan komitmen AIMST serta MIED dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti.
  • Perdana Menteri dijadualkan mengadakan Program Temu Anwar sesi wacana bersama mahasiswa dan menyerahkan Geran Kerajaan Tahunan kepada universiti.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 10.00 pagi disambut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Canselor dan Pengerusi AIMST University merangkap Presiden MIC, Tan Sri Dr. SA Vigneswaran.

Lawatan Datuk Seri Anwar merupakan pengiktirafan terhadap peranan institusi pendidikan tinggi dalam pembangunan modal insan negara serta komitmen AIMST University dan Maju Institute of Educational Development (MIED) dalam memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti.

Sempena lawatan tersebut, Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan Program Temu Anwar iaitu sesi wacana bersama mahasiswa serta menyerahkan Geran Kerajaan Tahunan kepada universiti itu.

Selain di AIMST University, Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah di Dewan Perdana UiTM Kedah di Merbok dan Himpunan Rakan Muda MADANI di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani, petang ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.