Gempa bumi 5.6 magnitud landa Laut Maluku, Indonesia

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud dilaporkan berlaku di selatan Laut Maluku, Indonesia pada pukul 2.56 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa dikesan pada koordinat 0.3°S, 125.2°E, kira-kira 179 km selatan Tomohon dengan kedalaman 10 km.
  • METMalaysia mengesahkan gegaran tersebut tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.
  • Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan setakat ini.
  • Maklumat disiarkan menerusi kenyataan rasmi METMalaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa dikesan pada koordinat 0.3 darjah selatan dan 125.2 darjah timur, kira-kira 179 kilometer (km) ke selatan Tomohon, Indonesia dengan kedalaman 10km.

METMalaysia turut menjelaskan gegaran tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kesan kerosakan atau kecederaan susulan gempa berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.