
NEW DELHI, 3 Jun – Sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam satu kebakaran besar di sebuah hotel bajet empat tingkat di New Delhi pada Rabu, dengan sekurang-kurangnya 40 orang berjaya diselamatkan setakat ini, menurut polis tempatan.
- Insiden termasuk antara kebakaran paling buruk di ibu negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
- Hotel terletak di Malviya Nagar, selatan Delhi, kawasan kediaman popular dalam kalangan pelajar dan profesional muda.
- Bangunan dijilat api dengan kepulan asap tebal; rakaman menunjukkan dua individu terjun dari tingkat atas untuk menyelamatkan diri.
- Pegawai berkata kebakaran berkemungkinan berpunca dari restoran tingkat bawah; Perdana Menteri mengucapkan takziah dan mendoakan mereka yang cedera.
Insiden itu merupakan antara kebakaran paling buruk yang berlaku di ibu negara India dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Hotel berkenaan terletak di kawasan Malviya Nagar di selatan Delhi, iaitu kawasan kediaman yang popular dalam kalangan pelajar dan golongan profesional muda.
Bangunan tersebut dijilat api dengan kepulan asap tebal keluar dari premis berkenaan, dan terdapat rakaman video menunjukkan dua individu terjun dari tingkat atas bangunan bagi menyelamatkan diri.
Pegawai pentadbiran tempatan, Jitendra Kumar berkata, terdapat sebuah restoran beroperasi di tingkat bawah bangunan tersebut dan berkemungkinan besar kebakaran berpunca daripada premis berkenaan.
Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyifatkan kehilangan nyawa dalam kejadian itu sebagai satu tragedi dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih. – REUTERS