
MOSCOW, 3 Jun – Tujuh orang awam maut manakala 11 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang diserang dron di Yenakievo, Republik Rakyat Donetsk pada Rabu.
RINGKASAN BERITA AI
- Bas yang dalam perjalanan dari Moscow ke Simferopol terbakar akibat kejadian berkenaan.
- Ketua wilayah DPR Denis Pushilin berkata mangsa cedera mengalami pelbagai tahap kecederaan.
- Jurucakap Kementerian Luar Russia Maria Zakharova menganggap serangan itu tindakan keganasan terhadap orang awam.
- Ukraine setakat ini belum mengulas namun sebelum ini menafikan menyasarkan orang awam.
Bas yang dalam perjalanan dari Moscow ke Simferopol, Crimea itu dilaporkan hangus terbakar akibat serangan berkenaan.
Ketua wilayah DPR, Denis Pushilin berkata mangsa yang cedera mengalami pelbagai tahap kecederaan.
Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova menyifatkan serangan terhadap bas penumpang itu sebagai tindakan keganasan yang menyasarkan orang awam.
Ukraine setakat ini belum mengulas kejadian berkenaan namun sebelum ini menafikan menyasarkan orang awam. – VIORY