Permohonan laluan Selat Hormuz dibuka sepenuhnya

Selat Hormuz/ AFP

TEHRAN, 3 Jun – Media Iran melaporkan sistem permohonan laluan kapal melalui Selat Hormuz kini dibuka sepenuhnya bagi membolehkan pemilik kapal dan kapten dari seluruh dunia mengemukakan permohonan pada bila-bila masa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sistem elektronik mengeluarkan permit pelayaran selepas kelulusan pihak berkuasa.
  • Tentera Laut IRGC memaklumkan 24 kapal melalui Selat Hormuz dalam 24 jam dengan penyelarasan keselamatan.
  • Kapal dibenarkan melalui di bawah perlindungan tentera laut selepas memperoleh kebenaran rasmi.
  • Iran mengetatkan kawalan sejak 28 Februari, menghalang kapal milik atau berkaitan Israel dan Amerika Syarikat; Selat ini penting untuk perdagangan dan minyak global.

Menurut laporan tersebut, permohonan boleh dibuat menerusi sistem elektronik yang akan mengeluarkan permit pelayaran selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Pada hari sama, Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan sebanyak 24 kapal telah melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lalu dengan penyelarasan pasukan keselamatan negara itu.

Menurut Jabatan Perhubungan Awam Tentera Laut IRGC, kapal-kapal tersebut dibenarkan melalui laluan perairan berkenaan di bawah perlindungan pasukan tentera laut selepas memperoleh kebenaran rasmi.

Iran mula memperketat kawalan di Selat Hormuz sejak 28 Februari lalu dengan menghalang laluan selamat kepada kapal milik atau yang mempunyai kaitan dengan Israel dan Amerika Syarikat susulan serangan bersama kedua-dua negara itu ke atas wilayah Iran.

Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan strategik dunia yang penting bagi perdagangan dan penghantaran minyak global.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.