Penuntut Madrasah maut dalam nahas motosikal dan lori

Foto hiasan

BATU PAHAT, 30 Mei -Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kangkar Senangar-Pagoh, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa Muhammad Arif Selamat, 19 tahun, penuntut Madrasah Ibnu Yazid, Batu Pahat.
  • Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar lori dan disahkan meninggal di lokasi oleh Penolong Pegawai Perubatan.
  • Pemandu lori, lelaki 30 tahun, tidak cedera manakala kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa, Muhammad Arif Selamat, 19 tahun merupakan penuntut di Madrasah Ibnu Yazid, Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga melanggar lori yang dalam perjalanan ke Pagoh.

“Mangsa yang parah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan,” katanya menerusi kenyataan itu.

Pemandu lori, lelaki berusia 30 tahun tidak cedera.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.