13 orang maut van bertembung lori di tengah China

Gambar hiasan

BEIJING, 28 Mei- Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah van penumpang bertembung dengan sebuah lori di wilayah Henan, tengah China, pada awal pagi Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku di lebuh raya ekspres G40 di bandar Nanyang.
  • Van membawa 16 orang sedangkan kapasiti maksimum hanya sembilan.
  • Kenderaan itu melanggar bahagian belakang sebuah lori separa treler yang sedang bergerak.
  • Kementerian Keselamatan Awam menghantar pasukan khas untuk menyelaras siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut Kementerian Keselamatan Awam China, kejadian berlaku sekitar pukul 2.40 pagi di lebuh raya ekspres G40 di bandar Nanyang.

Van berkenaan yang mempunyai kapasiti maksimum sembilan penumpang dilaporkan membawa lebih muatan iaitu 16 orang ketika kejadian sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori.

“Van itu melanggar bahagian belakang sebuah lori separa treler yang sedang bergerak di hadapan,” menurut kenyataan pihak berkuasa trafik itu melalui platform Weibo.

Kementerian turut memaklumkan pihaknya telah menghantar pasukan khas ke lokasi bagi menyelaras siasatan dan tindakan lanjut. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.