
KUALA LUMPUR, 27 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, sebagai usaha memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.
- Pelancaran Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang untuk memperkasakan pembangunan akar umbi dan mencungkil bakat muda.
- Akademi bukan sekadar tempat latihan tetapi medan membina disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.
- Faisal atau 'Mickey' antara tonggak serangan Harimau Malaya dan Selangor FC, terkenal dengan aksi lincah dan prestasi konsisten.
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata akademi berkenaan bukan sekadar tempat latihan, sebaliknya medan membina disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.
“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” kata beliau.
Perdana Menteri turut berharap akademi itu dapat melahirkan lebih banyak bakat muda, yang mampu mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.
Faisal, yang turut dikenali sebagai Mickey, merupakan antara tonggak serangan utama skuad Harimau Malaya dan Selangor FC, terkenal dengan aksi lincah dan prestasi konsisten pada peringkat domestik serta antarabangsa. – BERNAMA