25 kapal lepasi Selat Hormuz – IRGC

Kapal selesaikan proses penyelarasan yang diperlukan oleh Iran/Foto CEPOSONLINE

TEHRAN, 23 Mei – Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengumumkan 25 kapal telah melepasi di Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas setelah mendapat pelepasan dan penyelarasan keselamatan daripada pasukan tentera laut IRGC.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenis kapal termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal komersial lain.
  • Laporan itu disiarkan oleh agensi berita Mehr.
  • Pejabat perhubungan awam Tentera Laut IRGC menyatakan semua kapal menyelesaikan proses penyelarasan yang diperlukan.
  • Pihak berkuasa tentera laut Iran menyediakan perlindungan keselamatan untuk laluan Selat Hormuz.

Ia termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal komersial lain, menurut agensi berita Mehr.

Pejabat perhubungan awam Tentera Laut IRGC berkata kesemua kapal melayari selat itu selepas menyelesaikan proses penyelarasan yang diperlukan dengan pihak berkuasa tentera laut Iran, yang menyediakan perlindungan keselamatan untuk laluan berkenaan. /BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.