PM hargai warga HSIS Serdang atas rawatan berkualiti tinggi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Mei -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Hospital Sultan Idris Syah (HSIS), Serdang khususnya pasukan pusat jantung yang disifatkan berjaya memberikan rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keupayaan mengurus kira-kira 60 pesakit jantung setiap hari termasuk kes kritikal menunjukkan tahap kepakaran dan kecekapan petugas kesihatan.
  • Komitmen tinggi pasukan yang meletakkan nilai besar pada setiap nyawa ditegaskan melalui dedikasi tanpa henti Jabatan Kardiologi.
  • Penghargaan kepada doktor, jururawat dan kakitangan atas jasa serta pengorbanan; pesan supaya terus mengekalkan kecemerlangan.
  • Hospital Serdang telah dijenamakan semula sebagai HSIS pada 8 Mei 2023.

Menerusi hantaran laman Facebook beliau berkata, keupayaan menguruskan sekitar 60 pesakit jantung setiap hari termasuk kes kritikal bukti tahap kepakaran dan kecekapan petugas kesihatan negara bertaraf dunia.

“Saya menghargai komitmen tinggi pasukan yang meletakkan nilai besar pada setiap nyawa, serta dedikasi tanpa henti seluruh Jabatan Kardiologi dalam memastikan pesakit menerima rawatan terbaik pada saat paling genting.

“Terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan atas jasa dan pengorbanan kalian. Teruskan kecemerlangan ini,” katanya.

Pada 8 Mei 2023, Hospital Serdang dijenamakan semula sebagai HSIS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.