
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$129.5 bilion setakat 15 Mei, 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- Rizab mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan.
- Rizab menampung 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
- Komponen utama: rizab mata wang asing AS$113.5 bilion, IMF AS$1.3 bilion, SDR AS$5.9 bilion, emas dan aset lain.
BNM dalam satu kenyataan memaklumkan, kedudukan rizab berkenaan mencukupi bagi membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
”Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$113.5 bilion, Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$5.9 bilion.
”Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$6.4 bilion dan AS$2.4 bilion,” jelas BNM.