
KULIM, 19 Mei – Op Sapu yang digerakkan Imigresen Kedah mengesan tindakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), berada dan bekerja tidak sah di negara ini.
- Serbuan di dua premis sekitar Padang Serai menahan lima PATI warga Pakistan.
- Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah, seorang tersenarai hitam.
- Mereka bekerja secara tidak sah beberapa bulan, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan sindiket penyeludupan dan pelindung tempatan.
Serbuan di dua premis sekitar Padang Serai, Rabu lepas, berjaya menahan lima PATI warga Pakistan.
Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua PATI yang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah.
Salah seorang daripada mereka merupakan imigran larangan dan telah tersenarai dalam senarai hitam Imigresen Kedah.
PATI berkenaan telah bekerja secara tidak sah, sejak beberapa bulan lepas.
Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi kemasukan individu terbabit termasuk kemungkinan wujud penglibatan sindiket penyeludupan migran dan individu tempatan yang melindungi PATI.