
LABUAN, 19 Mei – Semua jemaah haji dinasihat menjaga kesihatan masing-masing dan mematuhi panduan yang ditetapkan bagi memastikan urusan ibadah, lancar.
RINGKASAN BERITA AI
- 94 jemaah haji dari Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menunaikan haji musim ini; jemaah termuda berusia 24 tahun.
- Pejabat Cawangan Tabung Haji Labuan memaklumkan 52 jemaah berlepas ke Kuala Lumpur untuk penerbangan domestik.
- Perlepasan jemaah haji dilakukan secara berperingkat sejak 18 April.
Di Wilayah Persekutuan Labuan, seramai 94 jemaah bakal menunaikan ibadah haji, musim ini dengan jemaah termuda berusia 24 tahun.
Pejabat Cawangan Tabung Haji Labuan memaklumkan, 52 jemaah berlepas dari Labuan ke Kuala Lumpur bagi operasi penerbangan domestik sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.
Sejak 18 April lepas, jemaah haji di wilayah ini telah berlepas secara berperingkat.