
WASHINGTON, 27 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, sebuah dewan bertaraf “rahsia ketenteraan tertinggi” atau “militarily top secret” diperlukan bagi mencegah insiden tembakan seperti yang berlaku pada majlis makan malam yang dihadirinya.
- Insiden tembakan berlaku di Hotel Washington Hilton ketika Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan White House dihadiri Melania.
- Pihak berkuasa segera menahan suspek dan seorang ejen Perkhidmatan Rahsia mengalami kecederaan.
- Trump menggesa pembinaan dewan bernilai US$200 juta bersebelahan White House untuk acara besar dan mahu ia dilaksanakan segera.
Insiden tembakan berlaku di Hotel Washington Hilton ketika Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan White House yang turut dihadiri isterinya, Melania.
Pihak berkuasa segera menahan suspek, manakala seorang ejen Perkhidmatan Rahsia mengalami kecederaan.
“Insiden ini tidak akan berlaku dengan adanya Dewan Utama berstatus Rahsia Ketenteraan Tertinggi yang kini sedang dibina di White House,” tulis Trump di Truth Social.
Beliau memaklumkan pembinaan dewan berkenaan perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Trump, seorang ahli perniagaan yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam membina pelbagai kemudahan daripada kelab golf hingga bangunan pencakar langit, berulang kali menyatakan bahawa White House kekurangan ruang untuk acara besar.
Beliau berkata sebuah dewan bernilai US$200 juta akan dibina bersebelahan kediaman rasmi itu. – BERNAMA