Piala Thomas 2026: India, Thailand dan Denmark bermula positif

Gambar hiasan.

HORSENS, 25 April – India, Thailand dan Denmark mempamerkan rentak kecemerlangan pada aksi pembukaan Piala Thomas 2026 apabila berjaya menundukkan lawan dalam perlawanan peringkat kumpulan masing-masing, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • India menumpaskan Kanada 4-1, disokong kemenangan beregu Hariharan Amsakarunan-M.R. Arjun ke atas Lindeman-Yakura.
  • Thailand menewaskan Perancis 4-1, pasangan Ruttanapak Oupthong-Dechapol Puavaranukroh mengatasi Julien Maio-William Villeger.
  • Denmark tewaskan Korea Selatan, Magnus Johannesen menafikan Choi Ji Hoon dan mengesahkan kemenangan tuan rumah.

Saingan Kumpulan A menyaksikan India memulakan langkah kanan dengan menumbangkan Kanada 4-1.

Gandingan beregu Hariharan Amsakarunan-M.R. Arjun berjaya meraih kemenangan setelah menewaskan Ty Alexander Lindeman-Nyl Yakura dalam aksi keempat.

Di peringkat Kumpulan D, Thailand turut mencatatkan keputusan serupa 4-1 menentang Perancis, kemenangan itu dimuktamadkan menerusi pasangan Ruttanapak Oupthong-Dechapol Puavaranukroh yang berjaya menjinakkan beregu Perancis, Julien Maio-William Villeger.

Dalam pada itu, tuan rumah, Denmark, terus menggembirakan penyokong sendiri dalam Kumpulan C apabila berjaya menyingkirkan Korea Selatan.

Kemenangan mutlak skuad bimbingan Kenneth Jonassen itu disahkan melalui Magnus Johannesen yang menewaskan Choi Ji Hoon, sekali gus memastikan Denmark mendominasi perlawanan awal tanpa memberi ruang buat lawan. – REUTERS