Piala Uber: China, Denmark dan Thailand bermula garang

Pemain perseorangan wanita China, Xu Wen Jing./foto BWF

HORSENS, 25 April – Gergasi badminton dunia, China, bersama tuan rumah Denmark dan Thailand mempamerkan taring masing-masing selepas berjaya melakar kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Uber, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • China menyapu bersih 5-0 ke atas Ukraine dalam Kumpulan A, Xu Wen Jing menamatkan perlawanan dengan kemenangan perseorangan ketiga.
  • Denmark memanfaatkan kelebihan gelanggang untuk menundukkan India 3-2, Amalie Schulz menjadi wira selepas memenangi perlawanan keempat.
  • Thailand mengesahkan kemenangan ke atas Bulgaria di Kumpulan D apabila beregu Ornnicha Jongsathapornparn dan Jhenicha Sudjaipraparat menewaskan gandingan Popivanova.

Dalam saingan Kumpulan A menyaksikan China mengesahkan status sebagai pilihan utama apabila menyapu bersih kemenangan 5-0 menewaskan Ukraine.

Mata kemenangan mutlak skuad Asia itu diraih menerusi Xu Wen Jing yang menewaskan Raiia Amalalha dalam aksi perseorangan ketiga, sekali gus melengkapkan siri perlawanan terbaik daripada lima tersebut.

Sementara itu, dalam kumpulan sama, Denmark berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menumpaskan India 3-2.

Amalie Schulz muncul wira buat Denmark selepas menewaskan Tanvi Sharma pada perlawanan keempat, sekali gus memastikan mata kemenangan.

Beralih ke Kumpulan D, persaingan sengit antara Thailand dan Bulgaria yang terpaksa ditentukan sehingga ke perlawanan terakhir menyaksikan beregu Thailand, Ornnicha Jongsathapornparn dan Jhenicha Sudjaipraparat, mempamerkan aksi kental untuk menundukkan gandingan Elena Popivanova-Tsvelina Popivanova, sekali gus mengesahkan kemenangan buat skuad Gajah Putih. – REUTERS