
GERIK, 24 April – Seorang penganggur lelaki berusia 55 tahun ditahan selepas disyaki terlibat kes gangguan seksual di sebuah pasar raya di sini pada Khamis.
- Suspek dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang mangsa ketika mangsa sedang bekerja di premis.
- Mangsa merakam perbuatan itu menggunakan telefon dan memarahi suspek sebelum suspek beredar dari lokasi.
- Siasatan lanjut mendapati suspek pernah menerima rawatan berkaitan kesihatan mental.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, suspek yang masih bujang dipercayai melakukan perbuatan itu ketika mangsa sedang bekerja di premis tersebut.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa ternampak suspek melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang ke arahnya.
Wanita itu turut merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon, sebelum memarahi suspek, yang kemudiannya segera beredar dari lokasi kejadian,” katanya.
Siasatan lanjut mendapati, suspek pernah menerima rawatan berkait kesihatan mental.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.