Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 1 tengah hari

Foto Facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 12 April -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di lima negeri hingga 1.00 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pahang: Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan dilapor terjejas oleh ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
  • Negeri Sembilan: Port Dickson dan Rembau, serta Melaka dilapor terjejas oleh keadaan sama.
  • Johor: Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut menerima amaran cuaca buruk.
  • Gempa bermagnitud 5.6 luar Pantai Barat Sumatera Utara pada 10.40 pagi; kedalaman 10 km, 161 km barat daya Simeulue; tiada ancaman tsunami.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Pahang (melibatkan kawasan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan), Negeri Sembilan (Port Dickson dan Rembau) dan Melaka.

“Amaran sama dikeluarkan di Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sarawak (Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), menurut MetMalaysia.

Sementara itu, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 dilaporkan melanda luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 10.40 pagi tadi.

MetMalaysia memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dan pada jarak 161 km barat daya dari Simeulue.

Gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.