
WASHINGTON, 11 April – Amerika Syarikat menafikan laporan untuk melepaskan aset Iran yang dibekukan di Qatar dan beberapa bank asing.
- Rundingan di Islamabad bertujuan menamatkan perang di Asia Barat.
- Tehran menegaskan perjanjian mesti merangkumi pembubaran aset Iran yang disekat.
- Tehran menuntut penamatan perang Israel terhadap Hizbullah di Lubnan.
- Sumber Iran memberitahu Reuters AS dikatakan setuju melepaskan aset untuk laluan selamat Selat Hormuz.
Perkara itu disahkan seorang pegawai kanan AS menerusi satu kenyataan.
Menurut beliau, rundingan yang berlangsung di Islamabad, Pakistan bertujuan menamatkan perang di Asia Barat.
Tehran sebelum ini menyatakan bahawa sebarang perjanjian mengenai penamatan pertempuran secara kekal mesti merangkumi pembubaran aset Iran yang disekat serta penamatan perang Israel ke atas Hizbullah di Lubnan.
Terdahulu, seorang sumber kanan Iran memberitahu saluran berita Reuters bahawa Amerika Syarikat telah bersetuju melepaskan aset tersebut dan langkah itu secara langsung berkaitan dengan memastikan laluan selamat di Selat Hormuz.
Namun ia dinafikan White House dengan mengatakan rundingan masih berjalan. -AFP