Krisis Asia Barat: Jepun umum pelepasan tambahan rizab minyak 20 hari

FOTO REUTERS

TOKYO, 10 April – Jepun merancang untuk melepaskan tambahan 20 hari rizab minyak strategiknya seawal bulan depan bagi memastikan kestabilan bekalan bahan api itu di pasaran domestik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Sanae Takaichi umum pelepasan rizab minyak tambahan susulan kebimbangan gangguan bekalan akibat konflik berlarutan di Asia Barat.
  • Jepun telah mula menggunakan rizab minyak strategik sejak bulan lalu sebagai tindak balas kepada ketidakstabilan pasaran global.
  • Langkah itu dianggap kritikal kerana Jepun bergantung kira-kira 95 peratus kepada Asia Barat untuk import minyak.

Memetik laporan media tempatan pada Jumaat, langkah berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri Sanae Takaichi susulan kebimbangan terhadap gangguan bekalan akibat konflik yang berlarutan di Asia Barat.

Negara matahari terbit itu mula menggunakan rizab minyak strategiknya yang merupakan antara yang terbesar di dunia sejak bulan lalu sebagai tindak balas terhadap ketidakstabilan pasaran global.

“Perdana Menteri Takaichi mengumumkan rancangan untuk melepaskan tambahan kira-kira 20 hari rizab minyak nasional milik kerajaan bermula awal bulan depan atau kemudian, bagi menjamin bekalan minyak mentah yang stabil,” lapor penyiar awam NHK.

Beberapa media tempatan lain turut melaporkan pengumuman serupa yang dibuat dalam satu mesyuarat khas bagi membincangkan impak krisis di Asia Barat terhadap ekonomi negara tersebut.

Langkah itu dianggap kritikal memandangkan Jepun sangat bergantung kepada Asia Barat bagi menampung kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan keperluan import minyaknya. – AFP