Malaysia, Arab Saudi perkukuh kerjasama haji dan umrah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Syeikh Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah

MADINAH, 31 Mac – Malaysia dan Arab Saudi terus memperkukuh kerjasama strategik dalam urusan haji, umrah dan hal ehwal berkaitan buat para jemaah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kunjungan hormat Dr Zulkifli kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi sempena Forum Umrah dan Ziarah 2026.
  • Pertemuan di King Salman International Convention Centre membuka ruang mempertingkatkan kerjasama dua hala.
  • Usaha memperkukuh hubungan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan jemaah, dipanjatkan doa agar diberkati Allah dan memberi manfaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata perkara itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat beliau kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Syeikh Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah sempena Forum Umrah dan Ziarah 2026.

Pertemuan yang berlangsung di King Salman International Convention Centre itu membuka ruang mempertingkat kerjasama dua hala.

“Pertemuan ini membuka ruang yang baik ke arah memperkukuh hubungan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan buat para jemaah.

“Moga setiap usaha ini diberkati Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan memberi manfaat besar kepada ummah, khususnya rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.