SHMMP pastikan harga barangan keperluan kekal stabil – PM

Foto hiasan

KOTA KINABALU, 15 Mac – Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri bertujuan memastikan kestabilan harga barangan keperluan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Skim dilaksanakan selama 15 hari bermula 14 Mac, meliputi tujuh hari sebelum dan selepas perayaan.
  • KPDNKS mengenal pasti barangan dikawal mengikut lokasi: 24 Semenanjung, 23 Sabah dan Sarawak, 22 Labuan.
  • Terdapat cabaran kenaikan harga cili merah akibat gangguan bekalan dari Thailand selepas banjir.
  • Perdana Menteri mencadangkan guna cili kering dan menghargai pegawai penguat kuasa serta petugas yang memastikan bekalan dan harga stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan skim selama 15 hari bermula 14 Mac (Sabtu) itu meliputi tempoh tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas perayaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengenal pasti jenis barangan yang dikawal mengikut lokasi, iaitu 24 barangan di Semenanjung, 23 barangan di Sabah dan Sarawak serta 22 barangan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau juga berkata terdapat sedikit cabaran kenaikan harga melibatkan cili merah berikutan gangguan bekalan susulan banjir besar yang melanda negara pengeksport, iaituThailand.

“Yang jadi masalah sekarang ini ialah cili merah apabila berlaku sedikit kenaikan harga dan memerlukannya dikawal.”

“Jadi saya cadangkan kita masak pakai cili kering, berbanding pakai cili merah kerana mahal sikit. ”

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada pegawai penguat kuasa dan petugas yang terlibat dalam memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi serta harga kekal stabil.