Guru Besar ditahan disyaki pukul murid tujuh tahun

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU, 14 Mac – Polis menahan seorang guru besar sebuah sekolah di sini pada Selasa lepas kerana disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan terhadap seorang murid lelaki berusia tujuh tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian dipercayai berlaku sekitar 7.39 pagi di kantin sekolah.
  • Siasatan awal mendapati murid dipercayai dipukul oleh suspek di lokasi kejadian.
  • Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Radin Ramlan Radin Taha berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 7.39 pagi ketika mangsa berada di kantin sekolah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati murid lelaki itu dipercayai dipukul oleh suspek di lokasi kejadian.

“Suspek yang juga guru besar lelaki berusia 40 tahun ditahan pada petang hari sama di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.