
KEPALA BATAS, 13 Mac – Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Guar Kepayang , di sini petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Panggilan diterima pada 4.59 petang; pasukan tiba 16 minit kemudian.
- Kebakaran dipadamkan pada 5.40 petang; mangsa dikeluarkan pada 5.55 petang.
- Mangsa ditemui terperangkap dalam rumah yang terbakar hampir 70 peratus.
- Operasi melibatkan 21 anggota dari BBP Kepala Batas, Tasek Gelugor, Butterworth dan Pasukan Bomba Sukarela Kepala Batas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Francis Sagun berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.59 minit petang sebelum tiba ke lokasi 16 minit kemudian.
Kebakaran berjaya dipadamkan pada 5.40 minit petang sebelum mangsa berjaya dikeluarkan pukul 5.55 minit petang.
Mangsa ditemukan terperangkap dalam sebuah rumah yang terbakar hampir 70 peratus.
Operasi pemadaman melibatkan seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Butterworth serta turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kepala Batas.