Pakar kenal pasti peluru berpandu AS bedil sekolah di Iran

Pakar mengenal pasti peluru berpandu yang digunakan dalam serangan di Sekolah Perempuan Shajareh Tayyebeh adalah milik Amerika Syarikat. / REUTERS

MINAB, 10 Mac– Peluru berpandu yang membedil Sekolah Perempuan Shajareh Tayyebeh di Minab, sehingga mengorbankan kira-kira 150 pelajar, didakwa milik Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua pakar ketenteraan sahkan peluru berpandu dalam rakaman mirip Tomahawk.
  • Joseph Dempsey dari IISS London kata varian Tomahawk sangat menyerupai rakaman.
  • Joost Oliemans berkata rakaman tidak menunjukkan ciri sepadan peluru berpandu jelajah lain.
  • Reuters padankan imej dan koordinat dengan lokasi Sekolah Perempuan Shajareh Tayyebeh, berhampiran kompleks IRGC.

Dua pakar ketenteraan mengesahkan, peluru berpandu yang kelihatan dalam rakaman video serangan itu mempunyai ciri yang sepadan dengan peluru berpandu jelajah Tomahawk.

Penganalisis dari Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) di London, Joseph Dempsey berkata, peluru berpandu dalam rakaman itu sangat mirip varian Tomahawk milik AS.

Seorang lagi penganalisis konflik berpangkalan di Belanda, Joost Oliemans berkata, pemerhatian menerusi rakaman berkenaan tidak menunjukkan ciri yang sepadan dengan peluru berpandu jelajah lain yang digunakan oleh negara terlibat dalam konflik tersebut.

Sementara itu, Reuters turut mengesahkan lokasi rakaman dengan memadankan bangunan, pokok, tiang utiliti serta susun atur jalan dalam video dengan imej satelit kawasan berkenaan.

Koordinat lokasi rakaman dikenal pasti pada 27.105714752109524, 57.08551574115519 yang sepadan dengan lokasi Sekolah Perempuan Shajareh Tayyebeh

Sekolah berkenaan dilaporkan terletak berhampiran kompleks yang dikendalikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). -REUTERS