
KUALA LUMPUR, 17 Februari – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak sehingga 5.00 petang.
RINGKASAN BERITA AI
- MET Malaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan negeri terpilih sehingga 5 petang.
- Cuaca terjejas dijangka meliputi seluruh Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta KL dan Putrajaya.
- Kawasan terjejas di Kelantan termasuk Gua Musang dan beberapa daerah di Terengganu seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
- Sarawak terjejas melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit dengan potensi hujan lebat dan ribut petir.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu dijangka melanda seluruh negeri Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Manakala di Kelantan melibatkan Gua Musang dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song).