Lebih 72,000 korban direkodkan di Gaza

Keadaan di Gaza/ AFP

GAZA, 9 Februari – Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 72,027 orang, manakala 171,651 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hospital beroperasi bergelut memberi rawatan, menjadi tempat menunggu bagi ribuan pesakit.
  • Bekalan ubat dan perubatan kritikal amat tidak mencukupi, termasuk tiada stok darah.
  • Pintu sempadan Rafah satu-satunya laluan keluar masuk, bilangan pemindahan perubatan jauh lebih rendah daripada jangkaan.

Pihak berkuasa kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 174 kematian bagi tempoh 30 Januari hingga 6 Februari telah dimasukkan ke dalam angka rasmi selepas mendapat kelulusan jawatankuasa kerajaan berkaitan.

Sejak gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada Oktober lalu, seramai 576 rakyat Palestin terbunuh manakala 1,543 lagi mengalami kecederaan.

Dalam kenyataan berasingan, pihak berkuasa kesihatan berkata hospital yang masih beroperasi di Gaza kini bergelut untuk meneruskan perkhidmatan dan sekadar menjadi tempat menunggu bagi ribuan pesakit.

Ia susulan sistem penjagaan kesihatan terjejas akibat perang, sekali gus menganggu usaha pemulihan dan perkhidmatan perubatan khusus.

Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa bekalan ubat tidak mencukupi khususnya ubat penahan sakit asas kerana kekurangan bekalan. Dianggarkan kira-kira 46 peratus ubat-ubatan penting, 66 peratus bekalan perubatan serta 84 peratus bahan makmal di hospital yang masih beroperasi dan tiada bekalan stok darah.

Rawatan kanser, hematologi, pembedahan, rawatan rapi dan perkhidmatan kesihatan primer antara sektor yang paling terjejas, dengan bekalan terhad yang ada jauh daripada mencukupi bagi menampung keperluan semasa.

Pesakit Palestin dibawa menaiki ambulans untuk pemindahan perubatan melalui pintu sempadan Rafah, Mesir, dari Gaza pada Ahad.

Pintu sempadan Rafah merupakan satu-satunya laluan keluar dan masuk bagi hampir kesemua lebih dua juta penduduk Gaza.

Dianggarkan kira-kira 50 orang dijangka melalui pintu sempadan itu, namun bilangan sebenar yang melepasi sempadan jauh lebih sedikit daripada jangkaan sejak pembukaan semula pintu sempadan secara terhad pada 2 Februari lalu .- REUTERS