Kapal tangki ditahan, bawa minyak diesel haram – Maritim Malaysia

Foto Maritim Malaysia

KUALA LINGGI, 8 Februari– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan sebuah kapal tangki yang membawa kira-kira 50 tan metrik minyak diesel bernilai hampir RM180,000 di perairan Melaka, Sabtu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal tangki ditahan di perairan Melaka membawa kira-kira 50 tan metrik minyak diesel tanpa dokumen sah.
  • Penahanan dibuat oleh bot ronda Maritim semasa Operasi MURNI dan Operasi TIRIS 3.0.
  • Lima kru warga Indonesia berusia 21 hingga 62 tahun ditahan dalam operasi tersebut.
  • Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana kargo tanpa permit dan pengisytiharan tidak patuh.

Dalam operasi itu, lima kru warga Indonesia berusia antara 21 hingga 62 tahun, turut ditahan.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata kapal tersebut ditahan kira-kira pukul 3.45 petang oleh bot ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan Operasi MURNI dan Operasi TIRIS 3.0 di perairan Selat Melaka.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati, kapal tersebut membawa kira-kira 50 tan metrik bahan api disyaki minyak diesel tanpa dokumen kebenaran yang sah.

Kes disiasat mengikut peruntukan Akta Kastam 1967 serta Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa permit yang sah serta gagal mematuhi peraturan pengisytiharan kargo sebagaimana yang ditetapkan.