
ALOR SETAR, 3 Februari -Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Alor Setar, Kedah, pada 31 Januari lalu.
- Pelaporan dibuat oleh keluarga pada pukul 3.00 petang, Sabtu lalu.
- Ibu menyedari ketidakhadiran mangsa ke pusat tuisyen di Hutan Kampung.
- Ciri-ciri: tinggi 156 cm, berat 50 kg, berkulit cerah.
- Sesiapa dengan maklumat diminta hubungi IPD Kota Setar atau Hotline I-P-K Kedah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Shifa Tasnim Zurni daripada ahli keluarganya pada pukul 3.00 petang, Sabtu lalu.
“Remaja terbabit disedari hilang oleh ibu kandungnya selepas mangsa tidak hadir ke pusat tuisyen di Hutan Kampung, Alor Setar, seperti kebiasaan.
“Ciri-ciri Nur Shifa adalah berketinggian 156 sentimeter, dan berat 50 kilogram serta berkulit cerah,” katanya menerusi kenyataan itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan atau terkesan Nur Shifa Tasnim diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kota Setar, Inspektor Noor Izwa Rohaizat di talian hotline 04-7747222 bagi membantu
siasatan.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline I-P-K Kedah ditalian 04-7741222.