Trump ancam saman pengacara Anugerah Grammy

Noah menjadi pengacara Anugerah Grammy ke-68. Foto/AP

WASHINGTON, 2 Februari – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengacara Anugerah Grammy ke-68, Trevor Noah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mengancam tindakan undang-undang terhadap pengacara Grammy, Trevor Noah, berikutan sindiran tentang kaitan dengan Jeffrey Epstein.
  • Noah mengaitkan Trump dengan Epstein dalam jenaka semasa ucapannya selepas Billie Eilish menang Lagu Terbaik.
  • Trump menafikan sebarang kaitan dengan Epstein dan mengecam Anugerah Grammy sebagai paling teruk.

Ia susulan kenyataan pelakon itu yang mengaitkan Trump dengan pesalah seksual, Jeffrey Epstein.

“Anugerah Grammy ini memang menjadi impian setiap artis, sama seperti Trump yang mahukan Greenland.

“Ini adalah perkara yang masuk akal kerana sejak Epstein meninggal dunia, Trump sangat memerlukan sebuah pulau untuk dia melepak bersama Bill Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat),” katanya.

Noah menyatakannya selepas mengucapkan tahniah kepada Billie Eilish yang diumumkan sebagai penerima anugerah Lagu Terbaik Tahunan Grammy.

Sementara itu, Trump dalam reaksinya dalam laman Truth Social menyifatkan anugerah Grammy tahun ini sebagai yang paling teruk.

Trump turut menafikan kaitannya dengan Epstein yang menyaksikan lebih 3 juta dokumen pesalah itu dibuka semula oleh Jabatan Kehakiman (DOJ).

Dokumen itu mengandungi kaitan jenayah Epstein dengan individu berprofil tinggi termasuk ketua negara dengan nama Trump turut disenaraikan.- AFP