Serangan dron Ukraine korbankan 2 orang awam di Belgorod

Foto AFP

MOSCOW, 2 Februari -Serangan dron Ukraine ke atas wilayah sempadan Rusia, Belgorod, mengorbankan dua orang awam, menurut gabenor wilayah itu pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua orang awam maut selepas serangan dron di Belgorod, menurut gabenor wilayah.
  • Sebuah kediaman di Stary Oskol terbakar dan sebahagiannya runtuh akibat serangan malam itu.
  • Serangan dron Ukraine disifatkan sebagai tindak balas kepada pengeboman Rusia, kedua-dua pihak serang infrastruktur.

Dalam serangan pada waktu malam itu, sebuah kediaman di bandar Stary Oskol, utara sempadan Ukraine terbakar dan sebahagiannya runtuh, kata Gabenor Vyacheslav Gladkov menerusi Telegram.

“Pasukan penyelamat yang bekerja di lokasi kejadian telah menemukan mayat dua individu,” kata Gladkov.

Sebagai tindak balas terhadap pengeboman hampir setiap hari oleh Rusia dalam perang yang kini memasuki tahun keempat, Ukraine dilaporkan menghantar dron ke wilayah Russia untuk menyasarkan sektor tenaga.

Rusia pula terus melancarkan serangan ke atas infrastruktur bekalan elektrik dan pemanasan Ukraine, menyebabkan penduduk bergelap dan kesejukan ketika suhu menjunam sehingga minus 20 darjah Celsius.

Pada Ahad, satu serangan dron Rusia ke atas sebuah bas yang membawa pekerja lombong di wilayah Dnipropetrovsk, tengah-timur Ukraine, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang. – AFP