Kilang percetakan buku di Ampang terbakar, punca sebenar masih disiasat

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat jentera dan 20 anggota bomba diterjunkan ke lokasi dari BBP Pandan, Ampang dan Pudu.
  • Bomba tiba sekitar 9.09 pagi dan berjaya kawal kebakaran dalam kira-kira enam minit.
  • Kawasan kilang dianggarkan 60 x 60 kaki dengan kerosakan sekitar 40 peratus; punca masih disiasat.

KUALA LUMPUR, 1 Februari – Sebuah kilang percetakan buku di Kampung Baru Ampang terbakar pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi tadi.

Empat jentera digerakkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan, Ampang dan Pudu bersama 20 orang anggota.

“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 9.09 pagi dan berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh enam minit.

“Keluasan kilang dianggarkan 60 x 60 kaki persegi dengan kemusnahan kebakaran 40 peratus,” katanya dalam satu makluman.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan