MITI laksana analisis kos-faedah ART, lindungi kepentingan ekonomi negara

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Johari Abdul Ghani/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Januari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama agensi berkaitan sedang melaksanakan analisis kos-faedah (Cost Benefit Analysis (CBA)) berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan kepentingan ekonomi negara terus terpelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • MITI menjalankan analisis kos-faedah bersama agensi berkaitan untuk menilai implikasi ART dengan Amerika Syarikat.
  • ART dianggap bukan perjanjian biasa kerana bersifat unilateral dan timbul dari pengenaan tarif tinggi AS sebelumnya.
  • Analisis memberi tumpuan pada kesan terhadap eksport Malaysia ke AS dan lebihan dagangan untuk lindungi kepentingan ekonomi negara.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ART bukan perjanjian biasa kerana bersifat unilateral, susulan pengenaan tarif tinggi oleh Amerika Syarikat sebelum ini, sekali gus mewujudkan ketidaktentuan terhadap persekitaran pelaburan negara.

“MITI bersama agensi-agensinya seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dibantu oleh MIDF Research, sedang melaksanakan analisis kos-faedah bagi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

“Tumpuan khusus akan diberikan kepada kesan eksport negara kepada Amerika Syarikat yang bernilai RM233.1 bilion dan lebihan dagangan bernilai RM98.7 bilion”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin di Dewan Rakyat.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan