MTL : Lokasi berisiko dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 23 November – Beberapa lokasi berisiko banjir sekitar Lembah Pantai telah dikenal pasti sebagai persediaan awal dan mengambil iktibar banjir besar pada 2021.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa lokasi berisiko banjir di Lembah Pantai telah dikenal pasti sebagai persediaan awal.
  • Kerjasama antara kerajaan dan agensi berkaitan disiapkan untuk menghadapi kemungkinan banjir.
  • Aset keselamatan seperti bot diletakkan di IPD dan balai polis untuk respon cepat.
  • Persiapan penduduk kini lebih baik berbanding ketika banjir besar 2021.
  • Orang ramai dinasihat sentiasa peka amaran cuaca dan utamakan keselamatan semasa Monsun Timur Laut.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya sedia berkolaborasi bersama agensi berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Ini termasuk pelbagai aset keselamatan termasuk bot-bot yang ditempatkan di IPD dan balai-balai polis.

“Saya sendiri telah melihat persediaan di Lembah Pantai yang lebih bersedia termasuk persiapan penduduk yang jauh lebih bauk berbanding banjir besar pada 2021,”katanya selepas menghadiri Program Berbasikal Kayuhan Amal Mesra Wilayah Persekutuan 2025.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dengan amaran cuaca sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) dan mengutamakan keselamatan.