Tanah runtuh di China, enam orang maut

SHANGHAI, 28 Julai- Sekurang-kurangnya enam orang maut akibat tanah runtuh di wilayah Hunan, tengah China pada Ahad.

Menurut penyiar negeri CCTV, kejadian turut menyebabkan sebuah rumah tamu satu tingkat runtuh.

“Laporan awal mengesahkan bahawa 18 orang telah tertimbus.

“Enam mayat dan enam mangsa terselamat telah ditemukan setakat ini,” menurut CCTV.

Tanah runtuh itu berpunca daripada banjir kilat di sebuah gunung.

China mengalami cuaca yang ekstrem dengan banjir kilat di utara dan barat daya negara tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang pada awal bulan ini.

Mei lalu, 48 orang terkorban selepas sebuah lebuh raya di selatan China runtuh akibat hujan lebat selama berhari-hari. – AFP

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan