Pencuri kabel pengangkutan awam wajar didenda lebih berat – Anthony

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tengah) ketika sidang media Pengenalan Penjejak Penjimatan My50 dan Pendigitalan Pas Rapid Kota serta Rapid Kembara, hari ini/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari Denda lebih berat wajar dikenakan terhadap pencuri kabel pengangkutan awam kerana perbuatan itu bukan sekadar jenayah kecil, sebaliknya satu bentuk sabotaj terhadap ketenteraman awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anthony Loke gesa denda lebih berat bagi pencuri kabel pengangkutan awam kerana ia merupakan sabotaj kepada keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.
  • Kementerian menyokong kajian pindaan undang-undang untuk memperketat hukuman terhadap kecurian kabel fasiliti rel negara.
  • Lebih 50% pengguna My50 kini guna Touch ’n Go eWallet, mempercepatkan pergerakan stesen dan mengurangkan keperluan beratur.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Kementerian Pengangkutan menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk meneliti pindaan undang-undang sedia ada bagi memperketat hukuman terhadap kes kecurian kabel yang melibatkan fasiliti rel negara.

Menurut beliau, setiap insiden kecurian kabel menyebabkan kerugian besar kepada operator dan kerajaan, selain menjejaskan keselamatan serta kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Kecurian kabel ini dilihat sebagai kecurian kecil saja, kadang-kadang didenda RM1,000 atau RM2,000 sahaja, selepas itu mereka dilepaskan. Ini tidak menghantar mesej yang kuat (kepada orang ramai) sedangkan kesan kecurian kabel amat besar, bukan sahaja kerugian kepada pihak operator Prasarana juga salah satu mangsa selain Prasarana KTNB selalu menghadapi kecurian kabel,”

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengenalan Penjejak Penjimatan My50 dan Pendigitalan Pas Rapid Kota serta Rapid Kembara, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan lebih 50 peratus pengguna pas bulanan My50 kini menggunakan Touch ’n Go eWallet, sekali gus mengurangkan keperluan beratur di kaunter dan melancarkan pergerakan di stesen.

“Ini adalah satu perkembangan yang cukup menarik dan cukup membanggakan kerana apa yang kita nak lihat ialah supaya pengguna mendapat perkhimatan yang berjalan lancar tanpa gangguan, mereka tak perlu beratur setiap bulan, tak perlu beratur di kaunter, tak perlu tunggu lama untuk memperbaharui pas itu dan ini memudahkan pergerakan di stesen-stesen dan menyelesaikan isu kesesakan di stesen.” jelasnya.

Anthony berkata My50 disubsidi kerajaan dengan kos sebenar sekitar RM150 sebulan, namun pengguna hanya membayar RM50 dan kerajaan komited meneruskan inisiatif tersebut demi manfaat pengguna pengangkutan awam.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan