
JOHOR BAHRU, 17 Mac -Pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Johor Sentral, dapat meningkatkan liputan dan masa maklum balas perkhidmatan di negeri itu.
- BBP Jenis C berhampiran Jalan Ismail Sultan dijangka siap pada 2027.
- Satu lagi BBP dirancang di Simpang Renggam; BBP Larkin dan Kluang sedang dinaik taraf.
- JBPM Johor menerima lapan jentera FRT dan empat kenderaan LOV bagi meningkatkan masa maklum balas.
BBP Jenis C yang dibina berhampiran Jalan Ismail Sultan dijangka siap pada 2027.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir berkata, satu lagi BBP dirancang untuk dibina di Simpang Renggam, manakala dua BBP di Larkin dan Kluang, sedang dinaik taraf.
Selain itu, JBPM Johor turut menerima lapan jentera Fire Rescue Tender (FRT) baharu, beserta empat buah kenderaan utiliti LOV, bagi meningkatkan pencapaian tempoh maklum balas JBPM.
“Kami menerima CSR untuk membina satu Pusat Pembelajaran Komuniti (Community Learning Centre, CLC). Proses pembinaan fizikal telah pun selesai, namun kami masih dalam proses melengkapkannya dengan peralatan yang berkaitan.
“Kami menjangkakan CLC tersebut boleh digunakan pada hujung tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2026, JBPM Johor yang turut menyaksikan wartawan RTM, Erwin Zaid dan Jurukamera, Sallem Zabani, menerima sijil penghargaan daripada JBPM.