Kebakaran ganggu operasi Lapangan Terbang Cape Town

Orang ramai berkumpul di luar lapangan terbang ketika kebakaran berlaku / REUTERS

CAPE TOWN, 24 Februari – Satu kebakaran yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town pada Selasa menjejaskan operasi penerbangan antarabangsa dan domestik, menurut kenyataan syarikat pengendali lapangan terbang negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran di kawasan landside Lapangan Terbang Cape Town berjaya dipadamkan.
  • Semua penumpang, kakitangan dan pelawat dilaporkan selamat.
  • Pelepasan penerbangan antarabangsa digantung sementara sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Beberapa penerbangan domestik mengalami kelewatan dan penerbangan antarabangsa dialihkan.

Airports Company South Africa (ACSA) memaklumkan kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan dan semua penumpang, kakitangan serta pengunjung berada dalam keadaan selamat.

Menurut ACSA, sebagai langkah berjaga-jaga, pelepasan penerbangan antarabangsa digantung sementara manakala penerbangan antarabangsa yang masuk telah dialihkan ke lapangan terbang lain.

Beberapa penerbangan domestik turut mengalami kelewatan, dengan syarikat penerbangan memaklumkan perkara itu kepada penumpang masing-masing.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town mengesahkan bahawa satu kebakaran berlaku di kawasan darat (landside) lapangan terbang. Kebakaran telah dipadamkan dan semua penumpang, kakitangan serta pelawat berada dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan bertulis ACSA.

Cape Town merupakan antara destinasi pelancongan utama di Afrika Selatan, manakala lapangan terbang berkenaan adalah yang kedua paling sibuk di negara itu.-REUTERS