
TEHRAN, 12 Mac -Angkatan tentera Iran pada Rabu memberi amaran akan menyasarkan pelabuhan di rantau Asia Barat sekiranya, pelabuhan negara itu diserang.
RINGKASAN BERITA AI
- Laporan televisyen negara: jurucakap berkata semua pelabuhan dan dok rantau boleh menjadi sasaran jika pelabuhan dan dok Iran diancam.
- Identiti jurucakap tidak didedahkan dalam laporan.
- Ancaman itu dibuat ketika ketegangan meningkat susulan konflik bersenjata antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat.
Menurut laporan televisyen negara Iran, seorang jurucakap angkatan tentera berkata semua pelabuhan di rantau tersebut boleh menjadi sasaran sekiranya pelabuhan dan dok Iran diancam.
“Jika pelabuhan dan dok kami diancam, maka semua pelabuhan dan dok di rantau ini akan menjadi sasaran sah kami,” katanya seperti dipetik oleh televisyen negara.
Bagaimanapun, jurucakap berkenaan tidak didedahkan identitinya dalam laporan tersebut.
Ancaman itu dibuat ketika ketegangan di rantau tersebut terus meningkat susulan konflik bersenjata antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat. – AFP