LIVERPOOL, 28 April - Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu pasukan bimbingannya terus "berjaga-jaga" walaupun telah meletakkan sebelah kaki ke perlawanan akhir Liga Juara Eropah (UCL) menerusi kemenangan dominan 2-0 terhadap Villarreal dalam aksi separuh akhir pertama mereka di Anfield.
Dua gol dalam masa dua minit mematahkan permainan corak bertahan pertahanan Villarreal.
The Reds memperoleh gol pertama hasil pemain pertahanan lawan, Pervis Estupinan yang menepis hantaran lintang Jordan Henderson ke gawangnya sendiri pada minit ke- 53.
(Pervis Estupinan berebut bola dengan penyerang Senegal Liverpool, Sadio Mane semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA antara Liverpool dan Villarreal/AFP)
Sadio Mane menjadikan kedudukan 2-0, dua minit kemudian.
“Ia adalah 2-0 pada separuh masa pertama,” kata Klopp.
"Anda perlu berwaspada sepenuhnya, 100 peratus pada masa yang tepat dan bermain pada separuh masa kedua seperti kami bermain pada babak pertama. Kami tahu ia akan menjadi suasana yang sukar untuk kami," katanya.
Pengendali Villarreal, Unai Emery pula berpandangan, 2-0 adalah jelas keputusan yang wajar.
“Ia mungkin lebih teruk lagi tetapi kami masih mempunyai peluang.
"Saya mahu menunjukkan kami mampu bermain permainan berbeza di tempat sendiri,"kata Emery.
Kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu semula dalam aksi separuh akhir kedua di selatan Sepanyol dalam masa enam hari. -AFP