KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan tempoh hari Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi menyatakan rasa dukacita dan sokongan terhadap republik berkenaan.
Dalam satu kenyataan, FAM memaklumkan pertemuan itu yang disifatkan sebagai ‘keluarga serumpun’, berlangsung semalam.
PSSI diwakili Ketua Umum, Mochamad Iriawan dan wakil Setiausaha Agungnya, Maaike Ira Puspita.
"Datuk Hamidin berkata dunia bola sepak sememangnya turut berduka dan Malaysia sebagai jiran serumpun, sentiasa terbuka untuk memberi sebarang bantuan dan sokongan kepada Indonesia," menurut kenyataan itu.
Beliau tiba di Indonesia pada Jumaat lepas bagi menyaksikan perlawanan skuad bawah 16 tahun kebangsaan menentang UAE dan aksi terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 2023 menentang tuan rumah, Indonesia malam ini.
Pada 1 Oktober lalu, pertembungan dua pasukan berjiran Jawa Timur antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengorbankan lebih 120 mangsa termasuk kanak-kanak.
(FAM memaklumkan pertemuan itu yang disifatkan sebagai ‘keluarga serumpun’)