KUALA LUMPUR, 7 Januari – Gandingan beregu campuran negara, Chen Tan Jie dan Toh Ee Wei mencipta sejarah sebagai pasangan pertama negara yang melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025.
Kejayaan itu menjadi penawar selepas tujuh wakil negara lain gagal mara ke peringkat seterusnya.
Chen dan Ee Wei, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan menampilkan aksi dominan dengan mencatat kemenangan mudah ke atas pasangan Taiwan, Wu Hsuan-Yi dan Yang Chi Yun.
Mereka hanya memerlukan 27 minit untuk menundukkan lawan dengan keputusan 21-8, 21-9.
Sementara itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien turut memastikan slot ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan, Cheng Yu-Pei dan Sun Yu Hsing.
Pasangan negara mencatat kemenangan straight set 21-11, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung selama 34 minit.