fb fb fb fb fb

Terbuka Malaysia 2025: Sze Fei-Izzudin tersingkir awal

Aksi beregu Lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin/Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Januari - Pasangan beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei, memulakan saingan Badminton Terbuka Malaysia 2025 dengan langkah kiri apabila tersingkir di pusingan pertama dalam perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pasangan diranking ke-3 dunia itu gagal mempertahankan momentum permainan mereka dan tewas kepada gandingan Denmark, Daniel Lungaard dan Mads Vestergaard, dalam perlawanan sengit tiga set.

Keputusan akhir memihak kepada pasangan Denmark dengan skor 15-21, 21-9, dan 21-18 dalam tempoh 52 minit.

Kekalahan ini merupakan kejutan, memandangkan Izzuddin dan Sze Fei pernah menewaskan pasangan yang sama dalam pertemuan pertama mereka di separuh akhir Masters Abu Dhabi pada 2023.

GRACE AISYAH KEDAYAN