KUALA LUMPUR, 7 Januari - Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, gagal melangkah ke pusingan kedua Badminton Terbuka Malaysia 2025 selepas tewas kepada gandingan Indonesia, Lany Tria Mayasari dan Siti Fadia Silva Ramadhanti di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.
Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu memulakan permainan dengan cemerlang apabila memenangi set pertama 21-14.
Namun, gandingan Indonesia bangkit di set kedua dengan mengubah corak permainan, sekali gus meraih kemenangan 14-21.
Di set penentuan, Pearly dan Thinaah gagal menyaingi ketangkasan pasangan lawan yang bermain dengan lebih agresif, sebelum tunduk dengan skor 13-21.
Dalam aksi lain, satu lagi beregu wanita negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing, turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan China, Jia Yi Fan dan Zhang Shu Xian.
Pasangan negara tidak berjaya menampilkan prestasi positif dan tewas dalam straight set dengan keputusan 21-17 dan 21-10 dalam masa 38 minit.