PUTRAJAYA, 18 Julai-Kontinjen Wilayah Persekutuan (WiPers) menyasarkan kutipan 70 pingat emas dalam usaha merealisasi misi muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, sasaran itu bersandarkan kejayaan WiPers menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam edisi sebelum ini.
Beliau berkata, WiPers menghantar antara kontinjen terbesar pada temasya kali ini merangkumi 705 atlet serta 306 pegawai dan menyertai kesemua 37 acara dipertandingkan.
"Ada tahun ini untuk menjadi juara pada kali ini kita menyasarkan tempat yang lebih baik dari yang lepas.
"Kita akan berikan insentif pada atlet dan pada kali ini juga kepada jurulatih supaya mereka juga ada semangat untuk memberikan yang terbaik dalam percapaian sukan sukma pada kali ini", katanya demikian ketika ditemui pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen WiPers SUKMA 2024 di Menara Seri Wilayah di sini
Dr Zaliha turut mengumumkan insentif berjumlah sehingga RM5,000 buat pemenang pingat emas; RM2,000 bagi perak, manakala RM1,000 bagi gangsa sebagai pembakar semangat kontinjen.
Menurutnya, perbezaan kali ini jurulatih dan pengurus pasukan juga bakal memperolehi insentif atas kejayaan sukan masing-masing.