fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Judo wanita sumbang emas buat Sarawak

Tan Xin Hung (putih) menewaskan lawan dari Terengganu Wan Kamalia Adrina Wan Zakari di Dewan Balau UiTM Kampus Mukah hari ini

MUKAH, 22 Ogos- Sarawak memperoleh pingat emas dalam saingan judo di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menerusi atlet Tan Xin Hung yang mengungguli acara wanita bawah 63 kilogram.

Dalam pentas akhir itu Xin Hung berjaya menewaskan lawan dari Terengganu Wan Kamalia Adrina Wan Zakari di Dewan Balau Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Mukah di sini.

Xin Hung diumum pemenang menerusi 'waza-ari' iaitu mata kedua tertinggi dalam format saingan judo selepas 'ippon'.

"Sebelum ini saya cedera di bahu selama lebih dua tahun dan kini lutut pula cedera sudah lebih dua bulan... (tetapi) saya gembira dapat tamatkan saingan hari ini dengan pingat emas," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

SITI AISHAH MD ISA