fb fb fb fb fb

SUKMA 2022: Melaka sasar 20 pingat emas

 (Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh menjadi bapa angkat kepada sukan hoki
dan muay thai dibantu jabatan Tenaga Nasional Berhad dan Kumpulan Melaka Bekal /Melaka hari ini)

AYER KEROH, 24 Julai- Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya 20 pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 24 September.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), V.P Shanmugam berkata sasaran itu ditetapkan, selepas mengkaji prestasi atlet yang bertanding di SUKMA 2018.

“Sasaran Melaka adalah seperti biasa 10 peratus lebih tinggi apa yang kita menang dahulu. Kita sasarkan 20 pingat emas paling kurang..wushu, golf renang, akuatik dan beberapa lagi,” kata V.P Sahnmugam selepas penyerahan Watikah Bapa Angkat (YB), Jabatan Angkat dan Anak Angkat (SUKAN) bersempena SUKMA Ke-20 di sini.

(V.P Shanmugam selepas penyerahan Watikah Bapa Angkat (YB), Jabatan Angkat dan Anak
Angkat (SUKAN) bersempena SUKMA Ke-20)

31 bapa angkat dilantik terdiri daripada Exco, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) agensi agensi kerajaan.

Melaka bakal menghantar 600 anggota kontinjen termasuk pegawai yang mengiringi.

Media Baharu